kisah 1
dalam perjalanan ke bengkel dan memandu myvi kerana sang kenari diberi 'supplement'...suddenly terlepas untuk masuk ke bengkel yang berada di sebelah kanan...patah balik dengan membuat pusingan di sebuah rumah...mahu ke arah bengkel...memberi signal ke kiri untuk himpit ke kiri jalan selepas membuat pusingan...dilihat terdapat sebuah kereta yg masih jauh dr arah kiri...terus ke kiri jalan dan mahu masuk ke dalam bengkel selepas memberikan signal ke kiri...dengan tiba-tiba,kereta tadi menghimpit ke tepi seolah-olah tak nampak signal yg diberi...kerana terkejut,brek secara mengejut dan penumpang sebelah menjerit dan hampir memarahi...mujur kereta tiada di belakang...maka,tak jadi masuk ke bengkel dan terus lajak ke hadapan untuk membuat pusingan sekali lagi...
kisah 2
selepas membuat pusingan,tetap meneruskan niat asal untuk ke bengkel...bengkel berada di sebelah kanan...apabila hampir dengan bengkel,memberi signal kanan...dengan tidak semena-menanya,sebuah waja dari arah belakang memotong...tapi memotong dari arah kanan dan turut memberikan 'hadiah' iaitu "ppooooonnnn"...sekali lagi penumpang sebelah hampir memarahi pemandu...
persoalannya,adakah salah pemandu myvi tersebut sedangkan signal telah diberi awal???!!!
pengajaran:apabila memandu di kawasan kampung, jangan terlalu mengharapkan signal yang telah diberi...dan patuhilah had laju kerana penunggang motosikal yang kebanyakannyer terdiri daripada pakcik-pakcik kadang kala muncul dengan tiba-tiba dan sering kali menayangkan muka tidak bersalah selepas kehadiran mereka mengejutkan para pemandu
mood:sangat sangat FINE...
No comments:
Post a Comment