20110716

salam nisfu syaaban


Ya Allah …Yang Maha Pengurnia…tanpa dikuniai

Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan

Wahai Yang Empunya segalah kemurahan dan pemberian

Tiada Tuhan melainkan Engkau

Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian

Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan

Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan

Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu

Sebagai penjahat lagi terkutuk

Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu

Dengan segala kebajikan yang ada pada Mu

Ya Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi

Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan

Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku

Ya Allah tetapkanlah dalam suratan Mu

Sebagai orang yang berbahagia ….sentiasa beroleh rezeki

Menerima aneka kurnia dan kebajikan

Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah

Titahmu adalah Hak dan Benar

Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan

Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus

Yang bermaksud

Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu

DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir

Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung

Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini

Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara

Hindarkanlah dariku segala petaka

Yang aku ketahuinya ataupun tidak

Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku

Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya

Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih

Dari sekalian Yang Mengasihani

Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam

Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallam

Serta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya

Amin



tangan ini sentiasa menadah kepadaMu agar sentiasa ditunjukkan jalan yang lurus agar tidak tersalah memilih jalan hingga tersungkur,pimpinlah dirku ini yang sememangnya terlalu kecil disisiMu...




No comments:

Post a Comment